Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN.

Bab pertama yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah sosiologi dan pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai istilah, pengertian, perspektif, tokoh dan teori serta objektif sosiologi.
Istilah sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu "sosio" yang membawa maksud "berkongsi". Ia juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat". Istilah tersebut telah diperkenalkan oleh Auguste Comte di dalam bukunya iaitu Positive Philosophy. Sosiologi turut didefinisikan sebagai ilmu displin intelektual yang khusus mengkaji mengenai hubungan sosial manusia. Manakala pembelajaran pula didefinisikan sebagai suatu perubahan dalaman diri seseorang, pembentukan perkaitan-perkaitan baharu, ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu.
Selain itu, bab ini menjelaskan mengenai perspektif sosiologi. Perspektif sosiologi tertumpu kepada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Perspektif ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu mikro dan makro. Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu manakala makro sosiologi pula bersifat besar, kompleks dan bercorak organisasi.
Seterusnya, bab ini juga memberi pendedahan terhadap 3 teori utama sosiologi iaitu teori interaksionisme simbolik, teori fungsionalisme dan teori konflik. Tokoh yang memperkenalkan teori interaksionisme simbolik dalah George Herbert Mead. Teori interaksionisme simbolik ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Teori Fungsionalisme pula diperkenalkan oleh Auguste Comte. Melalui teori ini, beliau telah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Akhir sekali, teori konflik diperkenalkan oleh Karl Marx. Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Dr. Tjipto Subadi, M.Si (2009) menjelaskan bahawa:

Objek sosiologi adalah kelompok manusia/masyarakat
(kolektivisme). Tokohnya Ludwik Gumplowicz. Baginya
masyarakat atau kelompok manusia merupakan satu-satunya objek
sosiologi. Dalam peristiwa sejarah, individu adalah pasif di mana
kehidupan kerokhaniannya ditentukan oleh kehendak masyarakat.
Perhatian Ludwik terutama dicurahkan pada perjuangan antara
golongan-golongan. (ms. 5).

Kesimpulannya, sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi juga adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial manusia. Sosiologi dan pendidikan merupakan suatu perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan dianalisis dalam perspektif sosiologi.

RUJUKAN

Dr. Tjipto Subadi, M.si (2009). SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN Suatu Kajian Boro dari Perspektif Sosiologis Fenomenologis. Kartasura: Zie Informatika.

Sal Wan. (2016). Documents.tips kps 3104-pengurusan-pembelajaran-kumpulan-j-sosiologi-dan-pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ridzwanshah/documentstips-kps-3014pengurusanpembelajarankumpulanjsosiologidanpembelajaran


KPS3014 BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN.

Bab kedua yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah interaksi dan pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai interaksi dalam pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.
Interaksi merupakan tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Antara jenis-jenis interaksi semasa proses P&P adalah interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi kumpulan dan interaksi antara kumpulan. Interaksi sehala guru-pelajar merupakan bentuk interaksi dimana pelajar akan menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru. Pelajar tidak diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar lain. Interaksi jenis ini tidak dapat membantu meningkat dan mengembangkan daya pemikiran pelajar. Seterusnya, interaksi dua hala, interaksi ini wujud bila mana guru akan bertanya dan pelajar perlu menjawab atau sebaliknya. Interaksi dua hala dapat mendorong pelajar untuk lebih aktif dalam menyoal dan menyatakan pendapat. Selain itu, terdapat juga interaksi kumpulan di mana interaksi ini berlaku apabila wujudnya aktiviti kumpulan. Pelajar akan berinteraksi sesama mereka di dalam kumpulan manakala guru pula akan bertindak sebagai pemudahcara. Interaksi sebegini bukan sahaja dapat menjana idea berkualiti daripada pelajar malahan ia juga memupuk nilai positif dalam diri setiap pelajar.
Menurut I Wayan Santyasa (2007). "Di samping sebagai fasilitator, secara lebih spesifik peranan guru dalam pembelajaran adalah sebagai expert learners, sebagai manager, dan sebagai mediator. Sebagai expert learners, guru diharapkan memiliki pemahaman mendalam tentang subjek yang diajar, mampu menyediakan waktu P&P yang mencukupi, dapat memonitor proses belajar dan pembelajaran, dan dapat mengubah strategi pengajaran bagi mencapai tujuan. Sebagai manager, guru bertanggungjawab memonitor hasil belajar para pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi mereka, memonitor disiplin kelas dan hubungan Interpersonal, dan memonitor ketepatan penggunaan waktu dalam menyelesaikan tugas" (ms. 5). Akhir sekali, interaksi antara kumpulan, ia akan wujud apabila berlakunya sesi pembentangan dimana akan adanya sesi soal jawab di antara kumpulan pembentang.
Bab ini juga membincangkan tentang bentuk-bentuk komunikasi, jenis-jenis komunikasi dan kemahiran komunikasi yang berkesan. Komunikasi merupakan pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Antara bentuk-bentuk komunikasi adalah komunikasi lisan iaitu berbentuk bahasa, intonasi suara dan dialek, komunikasi tanpa lisan iaitu berbentuk gerak isyarat, komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Terdapat 4 jenis komunikasi iaitu komunikasi intraperibadi, komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan dan komunikasi keorganisasian.
Turut dijelaskan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mencapai komunikasi yang berkesan, antaranya ialah kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat orang, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran pemerhatian, kemahiran mengemukakan soalan, kemahiran memberi refleksi perasaan dan kemahiran memberi maklum balas
Kesimpulannya, interaksi yang berkesan penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Hal ini kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya.

RUJUKAN

Fathmalyn Abdullah. (2006). Bab: 2 Interaksi dan Pembelajaran. Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com/p/bab-2.html

I Wayan Santyasa. (2007). MODEL-MODEL PEMBELAJARAN INOVATIF. Diperoleh daripada http://www.academia.edu/download/41170972/MODEL_MODEL_PEMBELAJARAN.pdf

Puteri Farahin. (2014). Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp


KPS3014 BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.

Bab ketiga yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar. Bab ini menjelaskan mengenai definisi pengurusan dan pembelajaran, kepentingan pengurusan dan pembelajaran dalam profesion perguruan, definisi dan prinsip pengajaran serta faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar.
Pengurusan dan pembelajaran dikatakan penting dalam profesion perguruan adalah kerana pengurusan yang cekap akan dapat meningkat mutu kerja guru. Menurut Stoner (1984) menjelaskan bahawa "Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan." Manakala, pembelajaran pula adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin et.al, 2001). Khalid (2002) menyatakan prinsip pembelajaran yang berkesan adalah berdasarkan kepada gagasan atau konsep yang menekankan kaedah atau cara pembelajaran menyeluruh untuk pandu sendiri (selfdriven) pelajar. Kepentingan pengurusan juga adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan produktiviti dan tentunya bagi memperoleh keredhaan Allah.
Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan (Baharuddin et.al, 2001). Terdapat beberapa prinsip pengajaran iaitu kepelbagaian teknik, penglibatan pelajar, ambil kira perbezaan individu, dan pengalaman sedia iaitu mengkaitkan p&p dengan pengalaman pelajar.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar. Antaranya adalah kematangan fizikal, daya tumpuan di dalam bilik darjah, dorongan, sosial dan persekitaran dan bahan pembelajaran yang menarik dan berkaitan dengan pengalaman mereka.
Kesimpulannya, kejayaan pelajar adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan dan kemampuan seseorang dalam menghayati dan seterusnya usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat kejayaan. Di samping itu, kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar sangat penting dalam usaha mewujudkan sekolah yang berkesan.

RUJUKAN
Stoner (dalam Amir Din. (2015). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/AamirDin/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar

Baharuddin (dalam Anis Aida. (2014). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh daripada https://prezi.com/ly4bk_ngmoy6/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar/


Khalid ((dalam Anis Aida. (2014). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh daripada https://prezi.com/ly4bk_ngmoy6/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar/

KPS3014 BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.

Bab keempat yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah kepimpinan dan organisasi. Bab ini menjelaskan mengenai struktur jawantankuasa panitia mata pelajaran, bidang tugas pengetua, guru penolong kanan dan kaunselor. Terdapat empat struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran. Diketuai oleh pengerusi iaitu guru kanan mata pelajaran, diikuti oleh naib pengerusi iaitu ketua panitia seterusnya setiausaha dan akhir sekali ahli iaitu guru mata pelajaran. Turut dijelaskan bidang tugas pengetua, penolong kanan dan kaunselor.
Pengetua bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Di samping itu juga beliau ditugaskan untuk mempertingkatkan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak ketinggalan juga, perlu mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar juga merupakan salah satu tanggungjawab seorang pengetua.
Bagi bidang tugas penolong kanan pula, penolong kanan perlu menggantikan pengetua semasa ketiadaan beliau. Tugasan pengetua akan dijalankan oleh penolong kanan semasa ketiadaannya. Penolong kanan juga akan membantu pengetua dalam penyeliaan dan penilaian proses pengajaran. Selain itu, penolong kanan turut membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan juga merupakan salah satu bidang tugas penolong kanan.
Menurut Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan Mohd Nizam Yusof & Hazmilah Hasan. “GPK Akademik bertanggungjawab membantu Pengetua, bekerjasama dengan GPK lain untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan sekolah selain tugas hakiki mengajar. Beliau merupakan orang yang menjadi tulang belakang selepas ketiadaan Pengetua dan mempunyai tugas yang rencam dari segi keselamatan, kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran, membuat perancangan dan takwin sekolah serta membantu melaksanakan program sekolah yang pelbagai. Manakala GPK Hal Ehwal Murid pula bertanggungjawab kepada pengurusan pelajar dari segi disiplin, kawalan kelas, kesihatan pelajar dan tugas mengajar. GPK Kokurikulum banyak menumpukan pada pelaksanaan program kokurikulum seperti sukan, persatuan, kelab, badan beruniform, dan tugas mengajar.”
Kaunselor sekolah merupakan individu yang akan membantu pelajar bagi memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi. Seterusnya, kaunselor ditugaskan untuk membantu pelajar memahami sikap, mencungkil minat, bakat dan kebolehan pelajar tersebut. Selain itu, melalui sesi kaunseling akan dapat memberi pelajar peluang untuk menyempurkan kendiri diri.
Kesimpulannya, memang amat jelas bahawa tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh kalangan GPK amat berat dan mencabar. Apatah lagi jika enrolmen pelajar sesebuah sekolah berkembang besar, sudah pasti task mereka bertambah dan sering menguji ketabahan dan kesabaran mereka.

RUJUKAN

Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan, Mohd Nizam Yusof & Hazmilah Hasan. (2009). Perkaitan persepsi terhadap organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru penolong kanan sekolah menengah negeri Melaka. Journal of Human Capital Development, 2(1), 65-75, http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/download/2491/1567

KPS3014 BAB 5: PENGURUSAN MURID.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN MURID.

Bab kelima yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan murid. Bab ini menjelaskan mengenai jenis kesediaan belajar, masalah perbezaan kesediaan belajar, konsep motivasi, kaedah meningkatkan motivasi pelajar dan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
            Jenis kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif bergantung kepada keupayaan mental untuk berfikir dan memahami. Perkembangan mental seseorang juga bergantung kepada umur. Kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, dan minat dalam menerima pelajaran yang diperolehi. Pelajar akan lebih aktif dan agresif dalam menerima pengajaran sekiranya mereka mempunyai minat untuk belajar. Kesediaan psikomotor pula tertumpu kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu pengalaman dan kematangan. Manakala terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada masalah perbezaan kesediaan belajar iaitu perbezaan perkembangan mental, perbezaan sikap dan minat, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan keyakinan diri, perbezaan jantina dan akhir sekali perbezaan dalam diri individu.
Di samping itu, bab ini juga menjelaskan konsep motivasi. Motivasi merupakan tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri. Dengan adanya motivasi ia akan dapat membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak, "Menurut Rotter (1975) yang membentangkan Teori Motivasi Pembelajaran Sosial, individu yang mengetahui kaitan antara kelakuan mereka dan kesan yang dialami mempunyai kecenderungan kawalan dalaman yang kuat. Mereka tahu bahawa tindakan yang mereka ambil akan mempengaruhi apa yang berlaku kepada mereka." Guru yang sentiasa memberikan motivasi kepada murid-murid akan mendorong mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Terdapat beberapa kaedah bagaimana guru dapat meningkatkan motivasi kepada pelajar. Pertama sekali adalah dengan memberi peneguhan positif dan negatid. Peneguhan positif akan membantu pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Guru boleh memberi peneguhan positif dengan cara memberi pujian dan hadiah. Peneguhan negatif pula bertujuan untuk mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Contoh peneguhan negatif adalah seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang bermasalah dari segi tingkah laku. Kaedah lain yang dapat meningkatkan motivasi kepada pelajar adalah dengan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajar, memberi penglibatan kepada semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran di dalam atau luar kelas, menggalakkan suasana tolong-menolong dalam kalangan pelajar dan mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka. Implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik, pencapaian pelajar dapat dipertingkatkan, dan mampu membangkitkan naluri ingin tahu pelajar.
Kesimpulannya, suasana pembelajaran yang bermotivasi akan membantu pelajar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik.  Sekiranya suasana pembelajaran yang positif, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

Rujukan


Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749

KPS3014 BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2


PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Bab keenam yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan bilik darjah. Bab ini menjelaskan mengenai lima elemen pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada lima elemen iaitu aktiviti pengajaran berkumpulan, pusat pembelajaran, pengurusan sumber, aktiviti pengajaran individu dan penyediaan bahan.
Aktiviti pengajaran berkumpulan ini adalah kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan sama kebolehan atau berbeza kebolehan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif individu, memupuk kerjasama antara murid, memudahkan guru membimbing murid dan murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah. Prinsip pengajaran berkumpulan ialah guru perlu bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi, aktiviti yang dibuat perlu dirancangan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di dalam bilik darjah, guru juga harusnya memberi penerangan yang jelas mengenai tugasan dan akhir sekali perhatian sama rata diberikan kepada semua kumpulan.
Seterusnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran individu merupakan pembelajaran di mana murid akan mengusai kemahiran mengikut kebolehan mereka. Pengajaran individu boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil. Guru perlu menyediakan situasi pembelajaran yang dapat meransang murid untuk belajar. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri. Murid juga akan dapat keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar.
Pusat pembelajaran merupakan ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ia bertujuan untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sesi pengajaran juga dapat dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan. Pusat pembelajaran juga berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid. Menurut Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, "Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini."
Penyediaan bahan juga merupakan salah satu elemen pengurusan bilik darjah. Bahan pengajaran adalah apa sahaja bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai media pendidikan iaitu seperti perkakasan, bahan atau perisian. Tujuan bahan pengajaran digunakan adalah untuk meransang situasi pembelajaran yang lebih menarik, memudahkan guru untuk menjelaskan apa yang hendak diajar dan secara tidak langsung membantu murid untuk memahami apa yang diajar yang lebih cepat dan mudah.
Akhir sekali, pengurusan sumber ialah satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Ia bertujuan untuk mendorong perkembangan pembelajaran murid, menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar dan membina suasana dan persekitaran pendidikan yang mencabar. Namun terdapat kekangan dalam pengurusan sumber seperti bilik darjah yang kecil, kekurangan perabot untuk mewujudkan sudut menarik, kekurangan bekas untuk penyimpanan bahan dan kekurangan bahan serta alat.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan menjimatkan masa guru dalam semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

KPS3014 BAB 7: PENGURUSAN SUMBER.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2


PENGURUSAN SUMBER.

Bab ketujuh yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan sumber. Bab ini menjelaskan mengenai konsep pusat sumber, fungsi pusat sumber, ciri-ciri pusat smber yang berkesan dan langkah-langkah pembentukan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkesan
            Menurut Yusof Boon & Rohaizad Selemin, "Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen yang berfungsi secara berkesan dalam mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan selesa. Peranan dan sumbangan Pusat Sumber Sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran khususnya serta pendidikan umumnya dapat membantu para pelajar meluaskan pandangan serta menguatkan nilai dalam diri mereka
(Kadir, 1993)”. Pusat sumber berkonsepkan suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa, menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mendapatkan kemahiran dalam pembelajaran, koleksi bahan yang lengkap dan dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan dan juga berperanan sebagai agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan terhadap pembelajaran.
Fungsi pusat sumber adalah sebagai tempat yang menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Ia juga berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Pusat sumber juga bertindak sebagai pintu masuk maklumat dari agensi luar dan tempat untuk pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan. Selain itu, pusat sumber berperanan sebagai penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri dan penyelia keperluan terkini teknologi pendidikan.
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan adalah terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS, perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P&P. Seterusnya, lokasi PSS yang strategik dimana terletak di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi. Warga sekolah juga akan suka dan senang untuk berkunjung dan menggunakan PSS. Lantaran itu juga, mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik juga merupakan salah satu ciri pusat sumber yang berkesan.
Terdapat beberapa langkah-langkah pembentukan PSS yang berkesan. Antaranya ialah dengan merancang pengoperasian dan pengurusan perkhidmatan. Yang kedua ialah menubuhkan AJK dan pelantik kaki tangan kemudian menyediakan latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas). Langkah-langkah yang ialah dengan menitikberatkan kemudahan fizikal dan keceriaan, mengadakan promosi dan galakan kepada pengguna, mengemaskini rekod pengurusan (koleksi) dan akhir sekali melaksanakan penyemakan stok dan menyediakan laporan tahunan.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah bukan sahaja sekadar tempat untuk mendapatkan maklumat dan rujukan tetapi juga berperanan sebagai sektor perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan.

RUJUKAN

Boon, Y., & Selemin, R. (2010). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/11786018.pdf

KPS3014 BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (bilik darjah/makmal/studio/dll).


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (bilik darjah/makmal/studio/dll).

Bab kelapan yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah strategi mengurus bilik pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Bab ini menjelaskan mengenai tiga faktor strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu faktor fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah.
Benoit dan Trigeorgis (dalam Anna Sam, 2014) menjelaskan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan. Manakala pengurusan bilik pembelajaan pula merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Richards (dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006) menjelaskan bahawa “pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajarn dapat dilaksanakan dengan berkesan.”
Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran ialah faktor fizikal bilik darjah. Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pelajaran dan menyusun dengan betul dan mudah dicapai, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin bilik darjah dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Faedah rutin bilik ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur dapat menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar, dan akhir sekali pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
Faktor yang seterusnya ialah interaksi dalam bilik darjah. Terdapat beberapa jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer. Interaksi sehala ialah interaksi bilik darjah di mana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas. Interaksi dua hala antara guru dan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi dua hala antara murid dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain dan lakonan sebagai aktiviti dalam p&p. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Faktor yang terakhir adalah iklim bilik darjah. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang dan penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya. Bagi mencapai suasana sosial bilik darjah, guru akan mengkaji melalui pemerhatian biasa teknik sosiometri. Sosiometri merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Akhir sekali, suasana emosi bilik darjah. Ia melibatkan gabungan berbagai-bagai perkara iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, kawalan, kepimpunan dan kaedah mengajar.
Kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran adalah berkait rapat dengan tiga faktor iaitu unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan objektif pembelajaran.

Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749
Aniez. (2012). Mengurus Iklim Pembelajaran Positif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/93545921/Mengurus-Iklim-Pembelajaran-Positif
Anna Sam. (2014). STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BD). Diperoleh daripada https://prezi.com/pgbppf14o2kf/strategi-mengurus-bilik-pembelajaran-bd/
Jue Khazali. (2015). Kepentingan Iklim Sekolah Yang Positif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/262241383/Kepentingan-Iklim-Sekolah-Yang-Positif
Siti Shamzela. (2011). KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF. Diperoleh daripada http://sshamzela.blogspot.com/2011/05/kepentingan-iklim-sekolah-yang-positif.html

Zalina Ina. (2012). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/86625589/Mewujudkan-Iklim-Bilik-Darjah-Yang-Kondusif

KPS3014 BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN TINGKAH LAKU.

Bab kesembilan yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan tingkah laku. Bab ini menjelaskan mengenai definisi displin, langkah-langkah mengatasi displin, pelaksananan disiplin di sekolah dan peranan guru dan PIBG.
Displin definisikan sebagai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan. Prosedur tindakan disiplin sekolah. Pertama sekali ialah guru perlu memberitahu pelajar akan kesalahan yang dilakukan dan hukuman terhadap kesalahan tersebut. Pelajar juga seharusnya diberi peluang untuk memberi keterangan bela diri. Seterusnya, pelajar boleh mengemukakan rayuan agar hukuman dalam diringankan dan guru perlu mempertimbangkan rayuan tersebut. Prosedur akhir adalah hukuman yang dikenakan haruslah adil. Hukuman yang harus dielakkan adalah hukuman yang berbentuk penderaan, yang boleh menjatuhkan maruah seseorang, dan tidak mematuhi Surat pekeliling ikhtisas.
Langkah-langkah menyelesaikan masalah displin. Pertama, kesalahan yang dilakukan oleh pelajar harus dilihat secara objektif. Guru tidak seharusnya bertindak terburu-buru dan mengikut perasaan dalam mengenakan hukuman ke atas pelajar tersebut. Kedua, mewujudkan suasana yang tenang semasa siasatan kes dibuat dan perlu mendapatkan bukti-bukti yang sahih dan berusaha mendapatkan beberapa orang saksi. Ketiga, memberi peluang pelajar membuat penjelasan. Keempat, membantu pelajar untuk sedar akan kesalahan yang dilakukan. Ia boleh dilakukan dengan nasihat atau rujuk pada guru kaunseling. Kelima, bagi menyelesaikan masalah displin yang serius, guru perlu memaklumkan kepada pengetua agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan. Selain itu, kesalahan atau kes-kes berat boleh dirujuk terus kepada pihak berkaitan seperti JPN, polis, JKM, AADK dan lain-lain.
Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan penting dalam pengurus tingkah laku pelajar. Antaranya ialah peranan dan tanggungjawab pihak sekolah. Pihak sekolah perlu memperkenalkan mata pelajaran sivik agar boleh membantu masyarakat mencapai keharmonian, toleransi dan kefahaman yang mendalam terhadap tanggungjawabnya sebagai warganegara. Masalah disiplin sekolah seperti merosakkan harta awam dan membuang sampah sesuka hati tidak akan berlaku lagi dengan adanya kesedaran sivik yang tinggi.
Selain itu, pelaksananan disiplin di sekolah-sekolah perlu tegas. Tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak. Semua guru adalah guru disiplin. Bagi kes-kes tertentu seperti tingkah laku antisosial seperti merokok, ponteng sekolah, mencederaan pelajar lain, tidak hormat guru atau melakukan jenayah harus melaksanakan hukuman rotan ke atas pelajar-pelajar. Ini disebabkan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin tidak akan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak dihukum atau dirotan. Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang sama.
Peranan dan tanggungjawab guru, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukum seseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka. Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya.
Peranan dan tanggungjawab PIBG. Menurut Mohammed Abdullah (dalam Chin, Low & Low, 2005) menjelaskan bahawa PIBG perlu mewujudkan suasana persekitaran yang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang. Begitulah dapat mengurangkan bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkan kadar masalah disiplin. PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik mahupun prasarana sekolah.
Kesimpulannya, masalah tingkah laku pelajar akan dapat diatasi sekiranya ibu bapa dan pihak sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan seterusnya bergabung tenaga bagi menangani masalah tersebut. Ibu bapa tidak sewajarnya terlalu bergantung kepada sekolah sepenuhnya dalam melunaskan tanggungjawab mendidik anak-anak. Selain itu, guru-guru pula janganlah memandang sebelah mata akan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan memegang alasan mereka bukan guru disiplin atau guru kaunseling kerana tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak.

RUJUKan


Chin, P. L., Low, L. C., & Low, Y. Y. (2005). Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar: Pendekatan dan Penyelesaian. Diperoleh daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2018.pdf

KPS3014 BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2


PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.

Bab kesepuluh yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan mengenai 3 elemen dalam pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Penasihatan pula merupakan proses menasihati individu atau kumpulan. Ia lebih kepada menginginkan yang terbaik untuik orang yang dinasihatkan. Ciri-ciri penasihatan ialah tertumpu pada masalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti dan ia juga merupakan strategi paling cepat untuk mengatasi permasalahan. Perbezaan antara penasihatan dan kaunseling ialah penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi. Ia juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Manakala bagi kaunseling pula berfokus kepada individu bermasalah. Ia pula dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
Menurut Tiwi Binti Kamidin menjelaskan bahawa “Terdapat dua perkara utama dalam sistem mentor iaitu sistem ini merujuk kepada seseorang individu yang berinteraksi dengan individu lain. Interaksi ini melibatkan tindakan-tindakan iaitu membimbing, menyokong, memberi nasihat dan menjalankan kaunseling. Oleh itu, seorang mentor adalah individu yang lebih tua, berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu seseorang yang lebih muda dan kurang berpengalaman. Oleh itu, di peringkat sekolah, maktab mahupun universiti, sistem mentor adalah sistem di mana guru atau pensyarah berperanan dan membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam usaha memupuk potensi pelajar agar berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik malah peribadi. Konsep sistem mentor bolehlah dianggap seperti konsep kakak, abang atau ibu bapa angkat kepada pelajar.”
Faedah kepada mentor ialah dapat membina kemahiran pemantauan dalam sesebuah organisasi, membina kepuasan diri dan dapat berkongsi pengalaman yang sedia ada. Manakala faedah bagi mentee pula berjaya membina hubungan baik dengan orang lain, membimbing mentee menyelesaikan masalah, mengurangkan kadar jenayah di sekolah dan memupuk semangat pelajar di sekolah.
Kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran melayan dan mendengar dan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan adalah dengan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami. Selain itu, penyampai perlu berkeyakinan dan menampakkan kemesraan serta mewujudkan kepercayaan mendengar.
Terdapat beberapa etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu guru perlu menghormati murid dan tiada wujudnya unsur diskriminasi. Selain itu, guru juga seharusnya bertanggungjawab dalam membantu dalam menyelesaikan permasalahan murid. Seterusnya, guru perlu menjaga rahsia murid. Segala permasalahan murid yang diceritakan semasa sesi kaunseling tidak seharusnya disampaikan kepada orang lain.
Kesimpulannya setiap guru perlu menguasai ilmu dalam pengurusan penasihatan murid agar guru mampu membantu menyelesaikan segala masalah dengan dihadapi oleh murid mereka.

RUJUKAN

Tiwi Binti Kamidin. (2004). PENDEKATAN SISTEM MENTOR DALAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH. Jurnal Penyelidikan MPBL, 5, 56-64, http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf

KPS3014 BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

Bab kesebelas yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan pelbagai budaya. Bab ini menjelaskan mengenai peranan sekolah dalam pengurusan pelbagai budaya, tujuan konsep pembezaan dalam konteks pengurusan pelbagai budaya dan cabaran dan implikasi dalam pengurusan pelbagai budaya.
Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah. Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah. Dalam konteks pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu dengan membuka peluang kepada pelajar yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai, berperanan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif dan akhir sekali menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.   Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan. Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.
Cabaran dan implikasi dalam pengurusan pelbagai budaya ialah proses pendidikan sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Menurut Mior Khairul Azrin  (2011) menjelaskan bahawa “terdapat hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan  Islam,  kurangnya pergaulan antara murid Islam dan murid bukan Islam terutama selepas waktu sekolah,  kurangnya  pengetahuan  dan  tidak memahami  dengan  mendalam  mengenai budaya,  amalan,  dan  adat  resam  sesuatu  kaum.” Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan oleh guru iaitu melalui program perguruan asas atau pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu dikaji semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah, struktur serta organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif. Seterusnya, melalui kursus dan perkhidmatan. Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan.
Kesimpulannya, guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek.

RUJUKAN

Mior Khairul Azrin   (dalam Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin, (2017). Pendidikan Abad ke-21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Diperoleh daripada (PDF) Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

KPS3014 BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.

Bab ke-12 yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan pelbagai upaya. Bab ini menjelaskan mengenai konsep, falsafah, objektif, peranan guru dan pengurusan pelbagai upaya serta kekangan bilik darjah Pendidikan Khas terhadap proses pengajaran.
Konsep Pendidikan Khas adalah program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted)
Berdasarkan falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Objektif pendidikan khas ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas. Selain itu, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas dan menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas. Seterusnya, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan akhir sekali memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Peranan guru pendidikan khas dalam mengurus tingkah laku di bilik darjah adalah menganalisis masalah tingkah laku murid. Guru juga berperanan dalam menghuraikan faktor salah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas.
Aspek keselamatan adalah penting kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka perlu sentiasa diberi perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras bawah dan berdekatan dengan tandas khas. Kekangan bilik darjah Pendidikan Khas terhadap proses pengajaran menurut Goldsmith (1998) ialah “kanak-kanak yang berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Justeru itu, ia penting untuk mewujudkan kesinambungan dalam persekitaran bagi membolehkan kanak-kanak khas memberi makna terhadap dunia sekitar mereka dan membentuk konsep tempat mereka.”
Kesimpulannya, penyediaan peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata perlu diadakan termasuk untuk pelajar berkeperluan khas bagi membolehkan mereka berdikari dan memperkembangkan potensi masing-masing.

Rujukan


Goldsmith (dalam Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah Ibrahim & Rozniza Zaharudin. (2013). BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS PADA MASA KINI DAN KEKANGANNYA TERHADAP PROSES PENGAJARAN. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 1–9, http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=81424

KPS3014 BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.

Bab ke-13 yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah sekolah dan persekitaran. Bab ini menjelaskan mengenai persekitaran sekolah, definisi perkongsian pintar dan hubungan antara sekolah dan ibu bapa (PIBG)
Odogwu et al. (2011) menyatakan bahawa “persekitaran sekolah sebagai persekitaran sosial (hubungan guru-pelajar, hubungan dengan guru-guru lain dan pengetua sekolah), persekitaran afektif (kesejawatan, kesaksamaan gender, rasa keberkesanan guru dan kebebasan kakitangan) dan persekitaran akademik (pembangunan profesional guru, sumber dan peralatan serta tekanan kerja). Tableman (2004) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu pertama sekali ialah persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran. Kedua adalah persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi. Seterusnya, persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri. Dan aspek yang terakhir adalah persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.”
Perkongsian Pintar bermaksud hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang bertujuan untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama. Sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu ada hubungan yang mantap dan akrab. Matlamat perkongsian pintar adalah untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Selain itu, menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks. Bagi mencapai matlamat perkongsian ini memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Hubungan antara sekolah dan ibu bapa (PIBG) adalah ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. PIBG juga bertindak untuk membela nasib guru. Hubungan yang mesra antara sekolah dan ibu bapa akan dapat melenyapkan prasangka antara ibu bapa dan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
  Kesimpulannya, memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar.

RUJUKAN

Odogwu et al. (dalam Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9, http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf

     

KPS3014 BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

Bab ke-14 yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan alam pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai definisi pengurusan alam pembelajaran, kemahiran asas yang diperlukan oleh guru dalam mengurus pembelajaran, kepentingan pengurusan alam pembelajaran dan
Menurut Samsudin Md Noor, "pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan." Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa "alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu."
Kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar. Menurut Bartlett (2004), beliau menyatakan "seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka." Selain itu guru perlu tahu akan prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah. Guru juga harus membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah.
Terdapat beberapa fasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama ialah pra perancangan iaitu guru mempunyai gambaran mental mengenai keseluruhan pengjaran. Fasa kedua ialah perancangan aktif dimana guru perlu menulis rancangan mengajar, menyediakan nota, membina power point atau model, memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan dan menyediakan senarai semak. Fasa ketiga ialah perancangan semasa, guru perlu mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar, mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa serta mengulangi pelajaran yang lepas. Fasa akhir ialah pasca perancangan dimana guru perlu menyedari kelemahan pengajaran, mengesan kekuatan pengajarannya dan membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan.
Kepentingan pengurusan alam pembelajaran ialah menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.\

RUJUKAN

Samsudin Md Noor (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

Lee. S. M. (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

Bartlett (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

Noraisah Ibni Qasim (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran


Mohd Azrinsyah Abd Aziz. (2015). PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN. Diperoleh daripada https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/