Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 7: PENGURUSAN SUMBER.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2


PENGURUSAN SUMBER.

Bab ketujuh yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan sumber. Bab ini menjelaskan mengenai konsep pusat sumber, fungsi pusat sumber, ciri-ciri pusat smber yang berkesan dan langkah-langkah pembentukan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkesan
            Menurut Yusof Boon & Rohaizad Selemin, "Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen yang berfungsi secara berkesan dalam mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan selesa. Peranan dan sumbangan Pusat Sumber Sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran khususnya serta pendidikan umumnya dapat membantu para pelajar meluaskan pandangan serta menguatkan nilai dalam diri mereka
(Kadir, 1993)”. Pusat sumber berkonsepkan suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa, menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mendapatkan kemahiran dalam pembelajaran, koleksi bahan yang lengkap dan dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan dan juga berperanan sebagai agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan terhadap pembelajaran.
Fungsi pusat sumber adalah sebagai tempat yang menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Ia juga berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Pusat sumber juga bertindak sebagai pintu masuk maklumat dari agensi luar dan tempat untuk pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan. Selain itu, pusat sumber berperanan sebagai penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri dan penyelia keperluan terkini teknologi pendidikan.
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan adalah terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS, perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P&P. Seterusnya, lokasi PSS yang strategik dimana terletak di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi. Warga sekolah juga akan suka dan senang untuk berkunjung dan menggunakan PSS. Lantaran itu juga, mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik juga merupakan salah satu ciri pusat sumber yang berkesan.
Terdapat beberapa langkah-langkah pembentukan PSS yang berkesan. Antaranya ialah dengan merancang pengoperasian dan pengurusan perkhidmatan. Yang kedua ialah menubuhkan AJK dan pelantik kaki tangan kemudian menyediakan latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas). Langkah-langkah yang ialah dengan menitikberatkan kemudahan fizikal dan keceriaan, mengadakan promosi dan galakan kepada pengguna, mengemaskini rekod pengurusan (koleksi) dan akhir sekali melaksanakan penyemakan stok dan menyediakan laporan tahunan.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah bukan sahaja sekadar tempat untuk mendapatkan maklumat dan rujukan tetapi juga berperanan sebagai sektor perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan.

RUJUKAN

Boon, Y., & Selemin, R. (2010). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/11786018.pdf

No comments:

Post a Comment