Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.

Bab keempat yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah kepimpinan dan organisasi. Bab ini menjelaskan mengenai struktur jawantankuasa panitia mata pelajaran, bidang tugas pengetua, guru penolong kanan dan kaunselor. Terdapat empat struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran. Diketuai oleh pengerusi iaitu guru kanan mata pelajaran, diikuti oleh naib pengerusi iaitu ketua panitia seterusnya setiausaha dan akhir sekali ahli iaitu guru mata pelajaran. Turut dijelaskan bidang tugas pengetua, penolong kanan dan kaunselor.
Pengetua bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Di samping itu juga beliau ditugaskan untuk mempertingkatkan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak ketinggalan juga, perlu mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar juga merupakan salah satu tanggungjawab seorang pengetua.
Bagi bidang tugas penolong kanan pula, penolong kanan perlu menggantikan pengetua semasa ketiadaan beliau. Tugasan pengetua akan dijalankan oleh penolong kanan semasa ketiadaannya. Penolong kanan juga akan membantu pengetua dalam penyeliaan dan penilaian proses pengajaran. Selain itu, penolong kanan turut membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan juga merupakan salah satu bidang tugas penolong kanan.
Menurut Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan Mohd Nizam Yusof & Hazmilah Hasan. “GPK Akademik bertanggungjawab membantu Pengetua, bekerjasama dengan GPK lain untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan sekolah selain tugas hakiki mengajar. Beliau merupakan orang yang menjadi tulang belakang selepas ketiadaan Pengetua dan mempunyai tugas yang rencam dari segi keselamatan, kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran, membuat perancangan dan takwin sekolah serta membantu melaksanakan program sekolah yang pelbagai. Manakala GPK Hal Ehwal Murid pula bertanggungjawab kepada pengurusan pelajar dari segi disiplin, kawalan kelas, kesihatan pelajar dan tugas mengajar. GPK Kokurikulum banyak menumpukan pada pelaksanaan program kokurikulum seperti sukan, persatuan, kelab, badan beruniform, dan tugas mengajar.”
Kaunselor sekolah merupakan individu yang akan membantu pelajar bagi memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi. Seterusnya, kaunselor ditugaskan untuk membantu pelajar memahami sikap, mencungkil minat, bakat dan kebolehan pelajar tersebut. Selain itu, melalui sesi kaunseling akan dapat memberi pelajar peluang untuk menyempurkan kendiri diri.
Kesimpulannya, memang amat jelas bahawa tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh kalangan GPK amat berat dan mencabar. Apatah lagi jika enrolmen pelajar sesebuah sekolah berkembang besar, sudah pasti task mereka bertambah dan sering menguji ketabahan dan kesabaran mereka.

RUJUKAN

Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan, Mohd Nizam Yusof & Hazmilah Hasan. (2009). Perkaitan persepsi terhadap organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru penolong kanan sekolah menengah negeri Melaka. Journal of Human Capital Development, 2(1), 65-75, http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/download/2491/1567

No comments:

Post a Comment