Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2


PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.

Bab kesepuluh yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan mengenai 3 elemen dalam pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Penasihatan pula merupakan proses menasihati individu atau kumpulan. Ia lebih kepada menginginkan yang terbaik untuik orang yang dinasihatkan. Ciri-ciri penasihatan ialah tertumpu pada masalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti dan ia juga merupakan strategi paling cepat untuk mengatasi permasalahan. Perbezaan antara penasihatan dan kaunseling ialah penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi. Ia juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Manakala bagi kaunseling pula berfokus kepada individu bermasalah. Ia pula dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
Menurut Tiwi Binti Kamidin menjelaskan bahawa “Terdapat dua perkara utama dalam sistem mentor iaitu sistem ini merujuk kepada seseorang individu yang berinteraksi dengan individu lain. Interaksi ini melibatkan tindakan-tindakan iaitu membimbing, menyokong, memberi nasihat dan menjalankan kaunseling. Oleh itu, seorang mentor adalah individu yang lebih tua, berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu seseorang yang lebih muda dan kurang berpengalaman. Oleh itu, di peringkat sekolah, maktab mahupun universiti, sistem mentor adalah sistem di mana guru atau pensyarah berperanan dan membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam usaha memupuk potensi pelajar agar berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik malah peribadi. Konsep sistem mentor bolehlah dianggap seperti konsep kakak, abang atau ibu bapa angkat kepada pelajar.”
Faedah kepada mentor ialah dapat membina kemahiran pemantauan dalam sesebuah organisasi, membina kepuasan diri dan dapat berkongsi pengalaman yang sedia ada. Manakala faedah bagi mentee pula berjaya membina hubungan baik dengan orang lain, membimbing mentee menyelesaikan masalah, mengurangkan kadar jenayah di sekolah dan memupuk semangat pelajar di sekolah.
Kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran melayan dan mendengar dan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan adalah dengan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami. Selain itu, penyampai perlu berkeyakinan dan menampakkan kemesraan serta mewujudkan kepercayaan mendengar.
Terdapat beberapa etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu guru perlu menghormati murid dan tiada wujudnya unsur diskriminasi. Selain itu, guru juga seharusnya bertanggungjawab dalam membantu dalam menyelesaikan permasalahan murid. Seterusnya, guru perlu menjaga rahsia murid. Segala permasalahan murid yang diceritakan semasa sesi kaunseling tidak seharusnya disampaikan kepada orang lain.
Kesimpulannya setiap guru perlu menguasai ilmu dalam pengurusan penasihatan murid agar guru mampu membantu menyelesaikan segala masalah dengan dihadapi oleh murid mereka.

RUJUKAN

Tiwi Binti Kamidin. (2004). PENDEKATAN SISTEM MENTOR DALAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH. Jurnal Penyelidikan MPBL, 5, 56-64, http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf

No comments:

Post a Comment