NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2
KAJIAN
PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.
Bab
ketiga yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah
kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar. Bab ini menjelaskan mengenai
definisi pengurusan dan pembelajaran, kepentingan pengurusan dan pembelajaran
dalam profesion perguruan, definisi dan prinsip pengajaran serta faktor yang
mempengaruhi kesediaan pelajar.
Pengurusan
dan pembelajaran dikatakan penting dalam profesion perguruan adalah kerana
pengurusan yang cekap akan dapat meningkat mutu kerja guru. Menurut Stoner
(1984) menjelaskan bahawa "Pengurusan ialah satu proses merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan."
Manakala, pembelajaran pula adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada
pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin et.al,
2001). Khalid (2002) menyatakan prinsip pembelajaran yang berkesan adalah berdasarkan
kepada gagasan atau konsep yang menekankan kaedah atau cara pembelajaran
menyeluruh untuk pandu sendiri (selfdriven) pelajar. Kepentingan pengurusan
juga adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan produktiviti dan tentunya
bagi memperoleh keredhaan Allah.
Pengajaran
adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti,
pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah
ditetapkan (Baharuddin et.al, 2001). Terdapat beberapa prinsip pengajaran iaitu
kepelbagaian teknik, penglibatan pelajar, ambil kira perbezaan individu, dan
pengalaman sedia iaitu mengkaitkan p&p dengan pengalaman pelajar.
Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar. Antaranya adalah
kematangan fizikal, daya tumpuan di dalam bilik darjah, dorongan, sosial dan
persekitaran dan bahan pembelajaran yang menarik dan berkaitan dengan
pengalaman mereka.
Kesimpulannya,
kejayaan pelajar adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan dan
kemampuan seseorang dalam menghayati dan seterusnya usaha yang dilakukan untuk
mencapai matlamat kejayaan. Di samping itu, kajian pengurusan dan pembelajaran
pelajar sangat penting dalam usaha mewujudkan sekolah yang berkesan.
RUJUKAN
Stoner
(dalam Amir Din. (2015). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh
daripada https://www.slideshare.net/AamirDin/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar
Baharuddin
(dalam Anis Aida. (2014). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh
daripada https://prezi.com/ly4bk_ngmoy6/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar/
Khalid
((dalam Anis Aida. (2014). pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh
daripada https://prezi.com/ly4bk_ngmoy6/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar/
No comments:
Post a Comment