NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2
INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN.
Bab
kedua yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah
interaksi dan pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai interaksi dalam
pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi
pembelajaran.
Interaksi
merupakan tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Antara
jenis-jenis interaksi semasa proses P&P adalah interaksi sehala, interaksi
dua hala, interaksi kumpulan dan interaksi antara kumpulan. Interaksi sehala
guru-pelajar merupakan bentuk interaksi dimana pelajar akan menerima apa sahaja
ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru. Pelajar tidak diberi peluang untuk
berinteraksi dengan pelajar lain. Interaksi jenis ini tidak dapat membantu meningkat
dan mengembangkan daya pemikiran pelajar. Seterusnya, interaksi dua hala,
interaksi ini wujud bila mana guru akan bertanya dan pelajar perlu menjawab
atau sebaliknya. Interaksi dua hala dapat mendorong pelajar untuk lebih aktif dalam
menyoal dan menyatakan pendapat. Selain itu, terdapat juga interaksi kumpulan
di mana interaksi ini berlaku apabila wujudnya aktiviti kumpulan. Pelajar akan
berinteraksi sesama mereka di dalam kumpulan manakala guru pula akan bertindak
sebagai pemudahcara. Interaksi sebegini bukan sahaja dapat menjana idea
berkualiti daripada pelajar malahan ia juga memupuk nilai positif dalam diri
setiap pelajar.
Menurut
I Wayan Santyasa (2007). "Di samping sebagai fasilitator,
secara lebih spesifik peranan guru dalam
pembelajaran adalah sebagai expert learners, sebagai manager, dan sebagai
mediator. Sebagai expert learners,
guru diharapkan memiliki pemahaman mendalam tentang subjek yang diajar, mampu menyediakan waktu P&P yang
mencukupi, dapat memonitor proses belajar dan pembelajaran, dan dapat mengubah
strategi pengajaran bagi mencapai tujuan. Sebagai manager, guru
bertanggungjawab memonitor hasil belajar para pelajar dan masalah-masalah yang
dihadapi mereka, memonitor disiplin kelas dan hubungan Interpersonal, dan memonitor ketepatan penggunaan waktu dalam
menyelesaikan tugas" (ms. 5). Akhir
sekali, interaksi antara kumpulan, ia akan wujud apabila berlakunya sesi
pembentangan dimana akan adanya sesi soal jawab di antara kumpulan pembentang.
Bab
ini juga membincangkan tentang bentuk-bentuk komunikasi, jenis-jenis komunikasi
dan kemahiran komunikasi yang berkesan. Komunikasi merupakan pengaliran
maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Antara
bentuk-bentuk komunikasi adalah komunikasi lisan iaitu berbentuk bahasa,
intonasi suara dan dialek, komunikasi tanpa lisan iaitu berbentuk gerak
isyarat, komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Terdapat 4 jenis
komunikasi iaitu komunikasi intraperibadi, komunikasi antara peribadi,
komunikasi kumpulan dan komunikasi keorganisasian.
Turut
dijelaskan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mencapai komunikasi yang
berkesan, antaranya ialah kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat
orang, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran pemerhatian,
kemahiran mengemukakan soalan, kemahiran memberi refleksi perasaan dan
kemahiran memberi maklum balas
Kesimpulannya,
interaksi yang berkesan penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Hal ini kerana interaksi merupakan proses
utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya.
RUJUKAN
Fathmalyn Abdullah. (2006). Bab: 2 Interaksi dan Pembelajaran.
Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com/p/bab-2.html
I Wayan Santyasa. (2007). MODEL-MODEL PEMBELAJARAN INOVATIF.
Diperoleh daripada http://www.academia.edu/download/41170972/MODEL_MODEL_PEMBELAJARAN.pdf
Puteri Farahin. (2014). Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp
No comments:
Post a Comment