Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.

Bab ke-12 yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan pelbagai upaya. Bab ini menjelaskan mengenai konsep, falsafah, objektif, peranan guru dan pengurusan pelbagai upaya serta kekangan bilik darjah Pendidikan Khas terhadap proses pengajaran.
Konsep Pendidikan Khas adalah program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted)
Berdasarkan falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Objektif pendidikan khas ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas. Selain itu, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas dan menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas. Seterusnya, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan akhir sekali memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Peranan guru pendidikan khas dalam mengurus tingkah laku di bilik darjah adalah menganalisis masalah tingkah laku murid. Guru juga berperanan dalam menghuraikan faktor salah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas.
Aspek keselamatan adalah penting kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka perlu sentiasa diberi perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras bawah dan berdekatan dengan tandas khas. Kekangan bilik darjah Pendidikan Khas terhadap proses pengajaran menurut Goldsmith (1998) ialah “kanak-kanak yang berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Justeru itu, ia penting untuk mewujudkan kesinambungan dalam persekitaran bagi membolehkan kanak-kanak khas memberi makna terhadap dunia sekitar mereka dan membentuk konsep tempat mereka.”
Kesimpulannya, penyediaan peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata perlu diadakan termasuk untuk pelajar berkeperluan khas bagi membolehkan mereka berdikari dan memperkembangkan potensi masing-masing.

Rujukan


Goldsmith (dalam Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah Ibrahim & Rozniza Zaharudin. (2013). BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS PADA MASA KINI DAN KEKANGANNYA TERHADAP PROSES PENGAJARAN. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 1–9, http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=81424

No comments:

Post a Comment