Saturday, 8 December 2018

KPS3014 BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN.

Bab pertama yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah sosiologi dan pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai istilah, pengertian, perspektif, tokoh dan teori serta objektif sosiologi.
Istilah sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu "sosio" yang membawa maksud "berkongsi". Ia juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat". Istilah tersebut telah diperkenalkan oleh Auguste Comte di dalam bukunya iaitu Positive Philosophy. Sosiologi turut didefinisikan sebagai ilmu displin intelektual yang khusus mengkaji mengenai hubungan sosial manusia. Manakala pembelajaran pula didefinisikan sebagai suatu perubahan dalaman diri seseorang, pembentukan perkaitan-perkaitan baharu, ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu.
Selain itu, bab ini menjelaskan mengenai perspektif sosiologi. Perspektif sosiologi tertumpu kepada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Perspektif ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu mikro dan makro. Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu manakala makro sosiologi pula bersifat besar, kompleks dan bercorak organisasi.
Seterusnya, bab ini juga memberi pendedahan terhadap 3 teori utama sosiologi iaitu teori interaksionisme simbolik, teori fungsionalisme dan teori konflik. Tokoh yang memperkenalkan teori interaksionisme simbolik dalah George Herbert Mead. Teori interaksionisme simbolik ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Teori Fungsionalisme pula diperkenalkan oleh Auguste Comte. Melalui teori ini, beliau telah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Akhir sekali, teori konflik diperkenalkan oleh Karl Marx. Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Dr. Tjipto Subadi, M.Si (2009) menjelaskan bahawa:

Objek sosiologi adalah kelompok manusia/masyarakat
(kolektivisme). Tokohnya Ludwik Gumplowicz. Baginya
masyarakat atau kelompok manusia merupakan satu-satunya objek
sosiologi. Dalam peristiwa sejarah, individu adalah pasif di mana
kehidupan kerokhaniannya ditentukan oleh kehendak masyarakat.
Perhatian Ludwik terutama dicurahkan pada perjuangan antara
golongan-golongan. (ms. 5).

Kesimpulannya, sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi juga adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial manusia. Sosiologi dan pendidikan merupakan suatu perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan dianalisis dalam perspektif sosiologi.

RUJUKAN

Dr. Tjipto Subadi, M.si (2009). SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN Suatu Kajian Boro dari Perspektif Sosiologis Fenomenologis. Kartasura: Zie Informatika.

Sal Wan. (2016). Documents.tips kps 3104-pengurusan-pembelajaran-kumpulan-j-sosiologi-dan-pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ridzwanshah/documentstips-kps-3014pengurusanpembelajarankumpulanjsosiologidanpembelajaran


No comments:

Post a Comment