Saturday 8 December 2018

KPS3014 BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.

Bab ke-13 yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah sekolah dan persekitaran. Bab ini menjelaskan mengenai persekitaran sekolah, definisi perkongsian pintar dan hubungan antara sekolah dan ibu bapa (PIBG)
Odogwu et al. (2011) menyatakan bahawa “persekitaran sekolah sebagai persekitaran sosial (hubungan guru-pelajar, hubungan dengan guru-guru lain dan pengetua sekolah), persekitaran afektif (kesejawatan, kesaksamaan gender, rasa keberkesanan guru dan kebebasan kakitangan) dan persekitaran akademik (pembangunan profesional guru, sumber dan peralatan serta tekanan kerja). Tableman (2004) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu pertama sekali ialah persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran. Kedua adalah persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi. Seterusnya, persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri. Dan aspek yang terakhir adalah persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.”
Perkongsian Pintar bermaksud hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang bertujuan untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama. Sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu ada hubungan yang mantap dan akrab. Matlamat perkongsian pintar adalah untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Selain itu, menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks. Bagi mencapai matlamat perkongsian ini memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Hubungan antara sekolah dan ibu bapa (PIBG) adalah ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. PIBG juga bertindak untuk membela nasib guru. Hubungan yang mesra antara sekolah dan ibu bapa akan dapat melenyapkan prasangka antara ibu bapa dan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
  Kesimpulannya, memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar.

RUJUKAN

Odogwu et al. (dalam Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9, http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf

     

No comments:

Post a Comment