Saturday, 8 December 2018

KPS3014 BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU.


NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2

PENGURUSAN TINGKAH LAKU.

Bab kesembilan yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah pengurusan tingkah laku. Bab ini menjelaskan mengenai definisi displin, langkah-langkah mengatasi displin, pelaksananan disiplin di sekolah dan peranan guru dan PIBG.
Displin definisikan sebagai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan. Prosedur tindakan disiplin sekolah. Pertama sekali ialah guru perlu memberitahu pelajar akan kesalahan yang dilakukan dan hukuman terhadap kesalahan tersebut. Pelajar juga seharusnya diberi peluang untuk memberi keterangan bela diri. Seterusnya, pelajar boleh mengemukakan rayuan agar hukuman dalam diringankan dan guru perlu mempertimbangkan rayuan tersebut. Prosedur akhir adalah hukuman yang dikenakan haruslah adil. Hukuman yang harus dielakkan adalah hukuman yang berbentuk penderaan, yang boleh menjatuhkan maruah seseorang, dan tidak mematuhi Surat pekeliling ikhtisas.
Langkah-langkah menyelesaikan masalah displin. Pertama, kesalahan yang dilakukan oleh pelajar harus dilihat secara objektif. Guru tidak seharusnya bertindak terburu-buru dan mengikut perasaan dalam mengenakan hukuman ke atas pelajar tersebut. Kedua, mewujudkan suasana yang tenang semasa siasatan kes dibuat dan perlu mendapatkan bukti-bukti yang sahih dan berusaha mendapatkan beberapa orang saksi. Ketiga, memberi peluang pelajar membuat penjelasan. Keempat, membantu pelajar untuk sedar akan kesalahan yang dilakukan. Ia boleh dilakukan dengan nasihat atau rujuk pada guru kaunseling. Kelima, bagi menyelesaikan masalah displin yang serius, guru perlu memaklumkan kepada pengetua agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan. Selain itu, kesalahan atau kes-kes berat boleh dirujuk terus kepada pihak berkaitan seperti JPN, polis, JKM, AADK dan lain-lain.
Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan penting dalam pengurus tingkah laku pelajar. Antaranya ialah peranan dan tanggungjawab pihak sekolah. Pihak sekolah perlu memperkenalkan mata pelajaran sivik agar boleh membantu masyarakat mencapai keharmonian, toleransi dan kefahaman yang mendalam terhadap tanggungjawabnya sebagai warganegara. Masalah disiplin sekolah seperti merosakkan harta awam dan membuang sampah sesuka hati tidak akan berlaku lagi dengan adanya kesedaran sivik yang tinggi.
Selain itu, pelaksananan disiplin di sekolah-sekolah perlu tegas. Tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak. Semua guru adalah guru disiplin. Bagi kes-kes tertentu seperti tingkah laku antisosial seperti merokok, ponteng sekolah, mencederaan pelajar lain, tidak hormat guru atau melakukan jenayah harus melaksanakan hukuman rotan ke atas pelajar-pelajar. Ini disebabkan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin tidak akan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak dihukum atau dirotan. Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang sama.
Peranan dan tanggungjawab guru, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukum seseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka. Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya.
Peranan dan tanggungjawab PIBG. Menurut Mohammed Abdullah (dalam Chin, Low & Low, 2005) menjelaskan bahawa PIBG perlu mewujudkan suasana persekitaran yang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang. Begitulah dapat mengurangkan bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkan kadar masalah disiplin. PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik mahupun prasarana sekolah.
Kesimpulannya, masalah tingkah laku pelajar akan dapat diatasi sekiranya ibu bapa dan pihak sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan seterusnya bergabung tenaga bagi menangani masalah tersebut. Ibu bapa tidak sewajarnya terlalu bergantung kepada sekolah sepenuhnya dalam melunaskan tanggungjawab mendidik anak-anak. Selain itu, guru-guru pula janganlah memandang sebelah mata akan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan memegang alasan mereka bukan guru disiplin atau guru kaunseling kerana tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak.

RUJUKan


Chin, P. L., Low, L. C., & Low, Y. Y. (2005). Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar: Pendekatan dan Penyelesaian. Diperoleh daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2018.pdf

No comments:

Post a Comment