NAMA: NURUL AIN SHAHIRA BINTI ROSMAN
NO. MATRIK: D20172080319
PROGRAM: ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER: 2
SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN.
Bab
pertama yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah
sosiologi dan pembelajaran. Bab ini menjelaskan mengenai istilah, pengertian,
perspektif, tokoh dan teori serta objektif sosiologi.
Istilah
sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu "sosio" yang membawa
maksud "berkongsi". Ia juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan
Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat". Istilah
tersebut telah diperkenalkan oleh Auguste Comte di dalam bukunya iaitu Positive
Philosophy. Sosiologi turut didefinisikan sebagai ilmu displin intelektual yang
khusus mengkaji mengenai hubungan sosial manusia. Manakala pembelajaran pula
didefinisikan sebagai suatu perubahan dalaman diri seseorang, pembentukan
perkaitan-perkaitan baharu, ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang
baharu.
Selain
itu, bab ini menjelaskan mengenai perspektif sosiologi. Perspektif sosiologi
tertumpu kepada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok. Perspektif ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu mikro dan makro. Mikro
sosiologi bersifat kecil dan individu manakala makro sosiologi pula bersifat
besar, kompleks dan bercorak organisasi.
Seterusnya,
bab ini juga memberi pendedahan terhadap 3 teori utama sosiologi iaitu teori
interaksionisme simbolik, teori fungsionalisme dan teori konflik. Tokoh yang
memperkenalkan teori interaksionisme simbolik dalah George Herbert Mead. Teori
interaksionisme simbolik ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan
bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Teori Fungsionalisme
pula diperkenalkan oleh Auguste Comte. Melalui teori ini, beliau telah mengkaji
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada
pengekalan masyarakat. Akhir sekali, teori konflik diperkenalkan oleh Karl Marx.
Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Dr.
Tjipto Subadi, M.Si (2009) menjelaskan
bahawa:
Objek
sosiologi adalah kelompok manusia/masyarakat
(kolektivisme).
Tokohnya Ludwik Gumplowicz. Baginya
masyarakat
atau kelompok manusia merupakan satu-satunya objek
sosiologi.
Dalam peristiwa sejarah, individu adalah pasif di mana
kehidupan
kerokhaniannya ditentukan oleh kehendak masyarakat.
Perhatian
Ludwik terutama dicurahkan pada perjuangan antara
golongan-golongan.
(ms. 5).
Kesimpulannya,
sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan
interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama
sosiologi juga adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat dan mempelajari
syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial manusia. Sosiologi dan pendidikan
merupakan suatu perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu,
fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan dianalisis dalam perspektif
sosiologi.
RUJUKAN
Dr. Tjipto
Subadi, M.si (2009). SOSIOLOGI DAN
SOSIOLOGI PENDIDIKAN Suatu Kajian Boro dari Perspektif Sosiologis
Fenomenologis. Kartasura: Zie Informatika.
Sal Wan.
(2016). Documents.tips kps 3104-pengurusan-pembelajaran-kumpulan-j-sosiologi-dan-pembelajaran.
Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ridzwanshah/documentstips-kps-3014pengurusanpembelajarankumpulanjsosiologidanpembelajaran